Ratings1
Average rating4
Reviews with the most likes.
Dayang Noor antara penulis wanita yang aku kategorikan ‘berani' sebab tak ramai penulis wanita tanah air yang tulis kisah-kisah thriller/misteri/pembunuhan ni. Bagi aku, penulisan dia rileks je, tak lebih dan tak kurang. Sesetengah penulis wanita ni, suka sangat melebih-melebih dalam description. Tu yang kengkadang jadi malas nak baca.
Novel pasal orang hilang. Atau menghilangkan diri. Atau dihilangkan. Semua pun boleh pakai. Dah macam filim pun ada – dengan cerita Ah Long, cerita pengedar dadah, cerita duit beribu-ribu, cerita campak mayat dalam sungai.
Tapi bahagian akhir yang paling ‘jahat', bagi aku. Alkisahnya, aku baca Samar dulu sebelum baca buku ni. Jadinya bila aku baca muka surat yang paling akhir, aku macam “WTF!?” Hahaha!
Apa pun, aku suka kisah dia yang tak berkisar ke satu watak sahaja. Cuma bagi aku, kalau kisah Jusoh dikupas lagi, mungkin lebih menarik.