Ratings6
Average rating3.5
We don't have a description for this book yet. You can help out the author by adding a description.
Reviews with the most likes.
Buku yang sangat topikal. Ketika buku ini ditulis, Amerika Syarikat masih lagi dibelenggu wabak covid-19 dan Presidennya (Trump) masih tidak mendengar nasihat pakar. Ketika saya membaca buku ini, bulan Julai 2021, Malaysia sedang melalui kuncitara yang ketiga, kes positif yang mendadak (tak kurang 5 ribu kes setiap hari) dan pemimpin-pemimpin yang sibuk dengan perjumpaan rahsia dan rebutan kuasa.
Maka tidak hairanlah di antara 10 pengajaran untuk dunia pasca-pandemik ini, Fareed Zakaria mengutamakan “Kepimpinan yang bermutu bukan yang berkuantiti”. Ini adalah pengajaran yang paling tepat teutamanya untuk rakyat Malaysia ketika ini (tahun 2021). Tiada guna jika sesebuah kerajaan itu mempunyai berbelas atau berpuluh menteri tetapi tiada seorang pun yang cekap. Lebih baik, ujar Fareed Zakaria, kerajaan yang kecil, prihatin terhadap keluhan rakyat tetapi tegas. Ketegasan amat diperlukan di dalam situasi ini kerana manusia secara fitrahnya akan merayu untuk dilonggarkan segala sekatan yang dikenakan (perintah berkurung, memakai pelitup muka) namun itu akan lebih memburukkan keadaan. Di dalam hal ini, China lebih berjaya daripada Amerika Syarikat.
Dalam 10 pengajaran yang dihuraikan, yang ini paling menusuk kalbu, paling tepat pada sasaran bagi rakyat Malaysia.
Buku ini memang sesuai untuk orang awam. Fareed, seorang pemberita di CNN yang sudah menulis beberapa buku sebelum ini, menyampaikan hujah-hujahnya dengan bahasa mudah dan tidak terlalu akademik. Walaupun ditulis dari pandangan seorang rakyat Amerika dan kebanyakkan contoh-contoh yang diberi berlatar belakangkan negara itu namun ia serasi untuk seluruh dunia. Pada dasarnya, kita semua sedang menghadapi kemelut yang sama. Hanya cara kita mengatasinya sahaja yang berbeza.
10 Pengajaran di dalam buku ini:-
Buckle Up
What Matter is not the Quantity of Government but the Quality
Markets are not Enough
People Should Listen to Experts and Experts Should Listen to People
Life is Digital
We Are Social Animals
Inequality Will Get Worse
Globalisation is not Dead
The World is Becoming Bipolar
Sometimes the Greatest Realists are the Idealists