Ratings1
Average rating2
Reviews with the most likes.
Seacara jujurnya, ada rasa konflik selepas selesai membaca DAM. Nak suka, tapi tak suka. Nak kata bagus, terbias cacat cela. Harus diakui, Anjell bijak memancing minat pembaca - lelaki kacak terlampau yang manis tahap potong kaki, macho, romantik dan 1001 macam ciri-ciri idaman para gadis. Cukup bijak. Harusnya seorang gadis normal rasa terbuai dengan permainan dunia yang diciptakan Anjell, mengidami lelaki yg tidak pernah akan wujud.
DAM punya pelbagai rencah dan perasa untuk menjadikan ia sebuah cerita yang lebih dinamik, tapi gagal. Cerita cinta je pun, nak dinamik apanya, kan? Apa salahnya? Why not? Kesal sebenarnya bila isu rogol tidak mendapat perhatian yang sepatutnya dari Anjell. Seolah-olah rogol itu isu yang terlalu remeh. Lebih penting hero tu sweet nak mati, menyokong segala tindakan heroin biar pun salah. Arghhh! Geram!
Dan seperti satu kisah tipikal, penyelesaian kepada semua masalah gadis Melayu ialah KAHWIN. Itu je la mak ayah boleh fikir selepas anak kena rogol, ye dok? Janji ada lelaki masuk meminang, terima saja. Kira bertuahlah ada orang nak jugak walaupun dah ‘kotor'. What a shitload of bullshit. Sudahlah dirogol, dicurangi tunang pula, tapi begitulah, trauma heroin kena downplay, lebih nak tunjuk hero seorang alpha male yang sempurna biar pun karakternya stoic dan tidak berperasaan.
Banyak isu sebenarnya - seperti penggunaan Bahasa Inggeris yang tidak betul (kebanyakan novel Melayu ada masalah ni), kebetulan yang terlalulah banyaknya dan predictability. Dan paling mengecewakan, penyudah yang cliche. Rasa macam makan coklat lepas tu dah habis makan baru perasan tarikh luput sebulan lepas dah. Yihh!